Abang Aiman ... siapa dikalangan anak-anak Kem kabare yang tak kenal...? Banyak Idea...? Banyak Trick...? Banyak Suprise...!!
Apatah lagi bila kali ini ramai lagi muka-muka baru fesilitator akan menyerlahkan bakat mereka....!!! heee.eee... Jom jumpa mereka...!
Tuesday, December 1, 2009
Smart CAMP KABARE ... Ramai Fasi akan terlibat...
Posted by
KABARE
at
9:29 AM
0
comments
SMART CAMP KABARE SUDAH BERSEDIA...

Semua Warga Kabare di jemput menghantar anak-anak ke Smart Camp Kabare ... Pada 4-6 Dis 2009. Program setahun sekali ini sangat menarik....! Kali ini lagi menarik...! Para Fasilitator sedang di akhir penyiapan segala module... Ada Tayangan Video... yang canggih-canggih... ada permainan yang menyeronokkan... dan banyak lagi... Jumpa Di sana....
Posted by
KABARE
at
9:18 AM
0
comments
Tuesday, November 24, 2009
JOM KE SMARTCAMP KABARE 2009 : 4-6 DIS 2009
Cikgu Zulkarnain & Wak Udin ... antara orang kuat Smart Camp Kabare nanti...
PENDAHULUAN
Cuti sekolah hujung tahun agak panjang dan anak-anak sering tidak tahu apa yang mereka harus lakukan sepanjang cuti. Oleh itu Program Smart Camp dirancang bagi memberi pengisian dan pendedahan serta membantu anak-anak merancang dan mengisi cuti sekolah agar lebih menarik dan bermanfaat.
OBJEKTIF
Mengumpulkan anak-anak ahli KABARE dan pelajar sekolah SKSJ agar mereka saling kenal mengenal antara satu sama lain.
Mengenengahkan ilmu, panduan, bimbingan agar anak-anak tahu tugas dan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan solehah.
Memotivasikan anak-anak dan para peserta agar rajin dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran sehingga mampu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kerjaya masa hadapan.
Meningkatkan ilmu, amal dan akhlak sebagai anak dan ahli keluarga.
TEMPAT & MASA
Jumaat hingga Ahad, 4-6 Dis 2009.
Pendaftaran : Jumaat - 5.00 hingga 7.00 mlm.
Bersurai : Ahad – 5.00 ptg.
Tempat: SKSJ Kg Permatang Sepam
ANJURAN
SKSJ & KELAB KABARE Kg Ptg Sepam
PESERTA
Semua anak-anak warga KABARE Darjah 1 hingga Ting 4, Lelaki dan perempuan.
Pelajar-pelajar SKSJ (khususnya Drj 5).
Sasaran Peserta: 100 pelajar iaitu,
Persiapan untuk dibawa oleh peserta
Pakaian untuk aktiviti dalam masjid/kelas.
Pakaian solat termasuk telekung (perempuan).
Alas tidur (bukan tilam), Selimut dan bantal.
Tuala mandi dan peralatan mandi.
Pakaian riadah/sukan.
Buku nota & pen/pensil.
Kasut & stokin.
Alat Permainan tidak boleh dibawa.
Ubatan peribadi (untuk anak-anak yang memerlukan).
Yuran Penyertaan (Pelaburan)
Sekolah Rendah : RM25.00 seorang.
Sekolah menengah : RM30.00 seorang.
Anak ke 4 ke atas, diskaun 50%
KANDUNGAN
Kandungan Smart Camp merangkumi pendidikan peserta dari pelbagai aspek;
Kefahaman dan Ibadah asas dalam Islam.
Akhlak anak-anak soleh dan solehah.
Latihan kepimpinan dan komunikasi.
Gerak kerja berkumpulan.
Kemahiran berfikir secara kreatif & proaktif.
Motivasi belajar dan Kerjaya masa hadapan.
# Aktiviti dalam bentuk ceramah, bimbingan, bacaan Qur’an, zikir, perbincangan dan gerak kerja berkumpulan.
JK PENGANJUR
PengerusiPengarah: PM Dr. Mohd Zin Kandar.
S/Usaha: En Zulkarnain Lasiman.
Bendahari: En Masodin Supian & En Abdullah Kandar.
Tempat & Makanan : Hj.Saadan Maulani, En Faizal Abdullah, En. Johan Rashid, & En. Hafizan Asren, Pn Noraini dll.
Jemputan : En Atan Ismail, En. Azmi Rashid & En. Kadin Lasiman, En.Dzulkifli Md Noh.
Teknikal & Peralatan : En Zulkarnain Lasiman.
Penceramah-penceramah:
PM Dr. Mohd Zin Kandar.
En Zulkarnain Lasiman.
En Mohd Za’i Kandar
Sdr Mhammad Aiman M.Zin
Penerbitan/Cetakan/Jurukamera : Azmi Rashid & Rahmad Ali-Sufian
Fasilitator :
Ketua: Muhammad Aiman bin M Zin -UIA
Nurshafeeqah – UIA.
Muhammad Sabiq – UTM
Dzaul Asraf Dzulkarnain– UNISEL
Siti Aminah Ali Supian – UM
Nazirul Akmal Kadin-PolyJB
Mohd. Idham M Yusof-UiTM
Nurfaradila M.Yusof-UiTM
Mohd Safiuddin Adam-UiTM
Mohd Taufiq M.Said - UTM
Dll.
Posted by
KABARE
at
6:24 AM
0
comments
Thursday, September 24, 2009
Sambutan Hari Raya Kabare 1430/2009 Meriah
Allahuakbar, Allahuakbar, ALlahuaka, Walillahilhamd...
Syukur yang tak terhingga kita panjatkan ke hadarat Allah SWT. di atas limpah rahmat dan perkenanNya sehingga dapat kita anjurkan sambutan Aidil Fitri Kabare pada tahun ini. Majlis diadakan di rumah Sdr Atan Ismail Kg Permatang Sepam bagi pihak keluarga Hjh Senah / Hj Ismail iaitu salah satu pasangan generasi perama keluarga KABARE hasil perkongsian Hjh Sarmi & Hj Siraj.
Pelbagai aktiviti dijalankan bermula dengan edaran Buletin Kabare (seminggu sebelum Hari Raya). Pada sekitar 11.00 pagi hari raya kedua, warga Kabare menziarai kubur di baruh kampung Permatang Sepam. Cikg Zulkarnain, Hj said, Sdr Masodin dan beberapa orang sekitar 30 orang anak-cucu warga Kabare hadir. Membersih kubur dan membaca Yassin serta Tahlil serta doa agar roh saudara-mara dicucuri rahmat ALlah dan diletakkan bersama roh orang-orang yang soleh.
Sekitar jam 2.00 petang, sanak saudara mula berkumpul di rumah Sdr Atan dan majlis dimulai dengan Khatam Qur'an yang diketuai oleh Hjh Noraini dan do'a dibaca oleh Hjh Lek Tuk. Hj Md Said mengetuai bacaan tahlil sejurus selepas Khatam Qur'an dan ramai sanak saudara turut membaca tahlil dan mengaminkan doa'.
Ucapan salam Kabare dan Slam Aidil Fitri disampaikan oleh JK Kabare, Tuan Rumah dan Pengerusi Kabare Dr Mohd Zin. Pengerusi juga mengumumkan beberapa aktiviti akan datang termasuk Cadangan Hari Raya Kurban di mana 7 bahagian (seekor lembu) dengan nilai sekitar RM400 - 450 ditawarkan kepada ahli kabare yang ingin menyertai korban tahun ini. Korban akan dijalankan di Kg Permatang Sepam. Program Kemah Ibadah Kabare juga dicadangkan akan dijalankan pada 4-6 Disember 2009 di Sek Keb Seri Jaya. Anak Cucu yang bersekolah Rendah dan menengah dijemput menyertai Kemah Ibadah tersebut,. Anak Cucu yang sedang berlajar di IPT dijemput menjadi fasilitator (sila Hubungi Abang Aiman Ketua Fasiliator 013-2213427).
Aktiviti rehlah kabare juga akan diajurkan dan sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi Hj Md Said. KABARE juga merancang untuk menubuhkan Koperasi Kabare. Pengerusi KABARE telah menyediakan deraf undang-undang kecil koperasi (UUK) bagi diajukan kepada Suruhanjaya Koperasi. Satu mesyuarat penajaan akan dibuat dan semua ahli kabare yang berumur 18 tahun ke atas dijemput menyertai Koperasi ini.
Majlis Hari Raya Salam Kabare turut diserikan dengan penyerahan cenderahati berupa bunga telor kepada wakil-wakil Keluarga Generasi Pertama Kabare dan penyampaian hadiah kepada anak-cucu yang menyertai rekabentuk Kad Raya Besar Kabare.
Jamuan yang istimewa dinikmati oleh semua yang hadir. Tahun ini special sungguh kerana ada Ice-Cream yang nikmati bunak sahaja anak cucu, tapi pak cik, makcik dan nyai-yaii juga menikmatinya.
Posted by
KABARE
at
2:29 PM
0
comments
Saturday, September 19, 2009
PERTANDINGAN MEMBUAT KAD RAYA BESAR
1.0. Pendahuluan
Bersempena perjumpaan Hari Raya Salam Kabare, anak-anak perlu diraikan. Mereka juga mempunyai potensi yang perlu diserlahkan agar mempunyai jiwa besar dan keberanian berlumba secara sihat. Pertandingan Rekabenruk Kad Raya Besar Kabare dianjurkan bagi mencapai beberapa matlamat.
2.0. Tujuan
1. Mencungkil bakat
2. Mewujudkan rasa keperihatinan, hormat dan mampu menyerlahkan perasaan kasih dan sayang kepada mereka yang lebih tua.
3. Memeriahkan suasana Hariraya Salam Kabare
3.0. Siapa yang boleh turut serta ?
Penyertaan adalah dalam bentuk Individu & Berkumpulan. Terdapat beberapa kategori:-
1. Individu bawah 11 tahun.
2. Individu 12 – 15 tahun.
3. Individu 16 – 18 tahun.
4. Berkumpulan 12 tahun kebawah.
5. Berkumpulan 13 – 17 thn.
4.0. Hadiah
Hadiah Pemenang Pertama sahaja diberikan setiap kategori (setiap 1 – 5 di atas).
Hadiah Cenderahati akan diberikan kepada semua peserta.
5.0. Syarat Penyertaan.
• Penyertaan adalah percuma.
• Terbuka kepada anak-cucu-cicit ahli-ahli keluarga kabare.
• Saiz kertas:
o Penyertaan Individu : Saiz Kad tak boleh lebih A3.
o Penyertaan Berkumpulan : Saiz Kad Raya mesti melebehi A3.
• Rekabentuk mengikut kreativiti masing-masing menggunakan apa juga bentuk media, warna, collage (tampalan) dll.
• Kad Raya mesti ditujukan kepada salah seorang Atok/Nenek generasi pertama atau Kedua Kabare sahaja.
• Penghantaran penyertaan ialah pada Perjumpaan HariRaya Salam Kabare (Hari Raya Ke dua di Rumah Hj Ismail/Hjh Senah/Abang Atan) sebelum jam 2.30 petang.
• Barisan juri profesional akan mengadili pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
• Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah akan disampaikan sekitar jam 4.00 petang.
Posted by
KABARE
at
6:36 AM
0
comments
Tuesday, September 8, 2009
CADANGAN KOPERASI KABARE
Posted by
KABARE
at
10:10 PM
0
comments
Ramadhan Bulan Mencapai Ketaqwaan
Ketibaan Bulan Ramdhan bagi orang-orang Islam seluruh dunia adalah bulan yang sangat Istimewa. Disamping berbagai kebaikan yang disebut di dalam Al-Qur’an dan Hadith, di dalam bulan Ramadhan benyak berlaku peristiwa-peristiwa penting bagi ummat Islam khususnya ketika Rasulullah di awal waktu menjadi Rasul. Di bulan ini ummat Islam dianjurkan meningkatkan keinsafan dan keikhlasan di dalam menjalani ibadah Ramadhan agar tercapai ketaqwaan.
Antara tujuan utama kewajipan berpuasa bagi umat Islam adalah "Laallkum tattaqun" (Mudah-mudahan kamu bertaqwa" (Al-Baqarah 183). Allah menurunkan kewajipan puasa ini adalah sebagai kewajipan yang sangat Istimewa berbanding ibadah-ibadah lain. Puasa juga digelar sebagai bulan mujahadah dan pengorbanan. Ummat Islam dilatih agar dapat menahan diri bukan sahaja dari makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari nafsu dan keinginan-keinginan diri. Menahan diri dari mengumpat, mengata, melihat perkara yang haram, mendengar muzik yang haram dan malah perkara yang halal pun di bulan puasa kita kena tahan, cotohnya makan itu asalnya boleh dan halal dibulan lain, tapi disiang hari bulan Ramadhan ianya ditegah/haram. Itulah caranya ALlah melatih umat Islam agar tertingkat sabar dan ketaatan di atas semua perintah ALlah. Jika umat Islam dapat mejalani puasa ini dengan betul, Insya Allah dihujung Ramadhan nanti akan lahir individu-individu bertaqwa - yang taat dalam segala perintah Allah swt. Orang yang bertaqwa tidak akan sanggup melanggar perintah Allah walaupun seinci. Tak berani mendedah aurat, tak berani meninggalkan solat, tak berani berbuat jahat dan sebagainya. Inilah keistimewaan Ramadhan sebagai bulan latihan kearah TAQWA kepada ALlah.
Di bulan ini telah berlangsungnya berbagai peristiwa yang mengandungi contoh (ibroh), dan pendorong semangat kehidupan umat manusia. Pada bulan Ramadan, umat Islam generasi awal (as sabiqunal awwalun) mengalami peristiwa-peristiwa hebat yang membawa perubahan sejarah. Peristiwa yang berlangsung ketika Nabi Muhammad saw meletakkan dasar-dasar pembinaan ummat.
Keistimewaan bulan Ramadan dimulai dengan turunnya Al-Quran (Nuzulul Quran). Bersamaan dengan mulanya tugas kerasulan Nabi Muhammad saw untuk menyebarkan risalah Islamiyah yang mengandung rahmat untuk seluruh alam. Pada bulan Ramadan pula, terjadi Perang Badar Kubro (tahun 2 Hijrah). Perang antara umat Islam melawan musyrikin Quraisy Mekah. Kekuatan umat Islam hanya 330 orang, terdiri dari Muhajirin (umat Islam yang hijrah dari Mekah) dan Anshar (umat Islam penduduk asli Madinah), dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad saw, menghadapi 1000 orang pasukan musyrikin Quraisy Mekah, dipimpin ketua jahiliyah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Di dalam perang tersebut Ummat Islam dikurniakan kejayaan oleh Allah swt walaupun bilangan mereka jauh lebih sedikit dari bilangan orang musrikin. Marilah kita sama-sama renungi, mengapa dan bagaimana mereka boleh berjaya ?
Ya ... mereka berjaya di dalam perang badar dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah datang kerana keimanan dan ketaqwaan para sahabat. Kemenangan kepada ummat Islam keatas musuh-musuh sebenarnya bila-bila masa bolah datang JIKA dengan izin Allah swt. Hari ini kita ummat Islam merasai bahawa pertolongan ALlah itu masih jauh... ini adalah kerana salah kita sendiri. Kita yang menjauhkan diri dari pertoongan ALlah (wallahhualam). Untuk memperolehi pertolonganNya, kita perlu meningkatkan ketaqwaan dan ketaatan yang berterusan kepada ALlah. Ketaatan bukan ditikar sembahyang sahaa, tetapi taat disepanjang hayat. Ketika makan, ketika di tempat kerja, ketika di pasar, ketika di jalan raya, ketika di kebun... dimana-mana juga perlu kita merasai ketaatan diri kepada ALlah dalam niat, dalam percakapan dan perbuatan.
Marilah dibulan Ramadhan yang mulia ini kita banyakkan muhasabah diri, merenung kekurangan diri dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan keimanan serta amalan diri kita kepada ALlah. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan sempurna dan mencapai KETAQWAAN. Amin.
Posted by
KABARE
at
9:51 PM
0
comments
