Tuesday, September 8, 2009

CADANGAN KOPERASI KABARE

Kerajaan menggalakkan lebih banyak Koperasi diwujudkan dan terdapat banyak peluang ekonomi dan kebajikan akan dapat di usahakan Insya Allah. KABARE mempunyai potensi untuk mewujudkan KOPERASI dan ia perlu penyertaan semua ahli KABARE. 
Kini terdapat lebih 5000 koperasi seluruh Malaysia dalam berbagi saiz dan aktiviti. (Makluamt lanjut sila ke laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia.
Mealui Jawatankausa Kabare, idea mewujudkan koperasi sudah beberapa kali dilontarkan dan untuk difikirkan. Dr Zin sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dengan Koperasi Muslimin dan sudah lebih 3 penggal menjadi Anggota Lembaga. Kini koperasi muslimin mempunyai aset melebehi RM50juta. Ramai juga ahli KABARE yang masuk Koperasi Muslimin dan ada yang telah mendapat manfaat termasuk dapat membeli kebun di kampung melalui pembiayaan yang disediakan Koperasi. Jadi elaok juga jika Kelab Kabare mengusahakan mewujudkan koperasi sendiri. Ianys baik untuk generasi akan datang,
Berbagai projek ekonomi dan kebajikan akan dapat lebih berkesan untuk dijalankan. Jadi Jawatankuasa KABARE merayu semua ahli untuk sama-sama menganggotai Koperasi Kabare bila kita lancarkan nati.
Sila SMSkan nama kepada Dr Zin 013-4352539 untuk menyertai Koperasi yang dicadangkan. Draf penubuhan sudah dihantar kepada AJK KABARE untuk penelitian dan komen

Ramadhan Bulan Mencapai Ketaqwaan

Ketibaan Bulan Ramdhan bagi orang-orang Islam seluruh dunia adalah bulan yang sangat Istimewa. Disamping berbagai kebaikan yang disebut di dalam Al-Qur’an dan Hadith, di dalam bulan Ramadhan benyak berlaku peristiwa-peristiwa penting bagi ummat Islam khususnya ketika Rasulullah di awal waktu menjadi Rasul.  Di bulan ini ummat Islam dianjurkan meningkatkan keinsafan dan keikhlasan di dalam menjalani ibadah Ramadhan agar tercapai ketaqwaan.

Antara tujuan utama kewajipan berpuasa bagi umat Islam adalah "Laallkum tattaqun" (Mudah-mudahan kamu bertaqwa" (Al-Baqarah 183). Allah menurunkan kewajipan puasa ini adalah sebagai kewajipan yang sangat Istimewa berbanding ibadah-ibadah lain. Puasa juga digelar sebagai bulan mujahadah dan pengorbanan. Ummat Islam dilatih agar dapat menahan diri bukan sahaja dari makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari nafsu dan keinginan-keinginan diri. Menahan diri dari mengumpat, mengata, melihat perkara yang haram, mendengar muzik yang haram dan malah perkara yang halal pun di bulan puasa kita kena tahan, cotohnya makan itu asalnya boleh dan halal dibulan lain, tapi disiang hari bulan Ramadhan ianya ditegah/haram. Itulah caranya ALlah melatih umat Islam agar tertingkat sabar dan ketaatan di atas semua perintah ALlah. Jika umat Islam dapat mejalani puasa ini dengan betul, Insya Allah dihujung Ramadhan nanti akan lahir individu-individu bertaqwa - yang taat dalam segala perintah Allah swt. Orang yang bertaqwa tidak akan sanggup melanggar perintah Allah walaupun seinci. Tak berani mendedah aurat, tak berani meninggalkan solat, tak berani berbuat jahat dan sebagainya. Inilah keistimewaan Ramadhan sebagai bulan latihan kearah TAQWA kepada ALlah.

Di bulan ini telah berlangsungnya berbagai peristiwa yang mengandungi contoh (ibroh), dan pendorong semangat kehidupan umat manusia. Pada bulan Ramadan, umat Islam generasi awal (as sabiqunal awwalun) mengalami peristiwa-peristiwa hebat yang membawa perubahan sejarah. Peristiwa yang berlangsung ketika Nabi Muhammad saw meletakkan dasar-dasar pembinaan ummat.

Keistimewaan bulan Ramadan dimulai dengan turunnya Al-Quran (Nuzulul Quran). Bersamaan dengan mulanya tugas kerasulan Nabi Muhammad saw untuk menyebarkan risalah Islamiyah yang mengandung rahmat untuk seluruh alam. Pada bulan Ramadan pula, terjadi Perang Badar Kubro (tahun 2 Hijrah). Perang antara umat Islam melawan musyrikin Quraisy Mekah. Kekuatan umat Islam hanya 330 orang, terdiri dari Muhajirin (umat Islam yang hijrah dari Mekah) dan Anshar (umat Islam penduduk asli Madinah), dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad saw, menghadapi 1000 orang pasukan musyrikin Quraisy Mekah, dipimpin ketua jahiliyah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Di dalam perang tersebut Ummat Islam dikurniakan kejayaan oleh Allah swt walaupun bilangan mereka jauh lebih sedikit dari bilangan orang musrikin. Marilah kita sama-sama renungi, mengapa dan bagaimana mereka boleh berjaya ?

Ya ... mereka berjaya di dalam perang badar dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah datang kerana keimanan dan ketaqwaan para sahabat. Kemenangan kepada ummat Islam keatas musuh-musuh sebenarnya bila-bila masa bolah datang JIKA dengan izin Allah swt. Hari ini kita ummat Islam merasai bahawa pertolongan ALlah itu masih jauh... ini adalah kerana salah kita sendiri. Kita yang menjauhkan diri dari pertoongan ALlah (wallahhualam). Untuk memperolehi pertolonganNya, kita perlu meningkatkan ketaqwaan dan ketaatan yang berterusan kepada ALlah. Ketaatan bukan ditikar sembahyang sahaa, tetapi taat disepanjang hayat. Ketika makan, ketika di tempat kerja, ketika di pasar, ketika di jalan raya, ketika di kebun... dimana-mana juga perlu kita merasai ketaatan diri kepada ALlah dalam niat, dalam percakapan dan perbuatan.

Marilah dibulan Ramadhan yang mulia ini kita banyakkan muhasabah diri, merenung kekurangan diri dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan keimanan serta amalan diri kita kepada ALlah. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan sempurna dan mencapai KETAQWAAN. Amin.