Saturday, December 26, 2009

Youth Kabare ditubuh

Youth Kabare adalah satu usaha untuk memberi autonomi bagi golongan muda dan remaja warga Kabare untuk bergerak dan beraktiviti secara positif. Banyak boleh difikir dan diteroka. Sila lawati laman blog YOUTH KABARE DI http://kabareyouth.blogspot.com/

Abang Yusof & kak Midah Sambut menantu



Sabtu 26 Dis 2009 telah berlangsung majlis menyambut menantu Abang Yusof & Kak Midah di rumahnya di Kg Pt Betak. Ini adalah majlis menyambut menantu kali kedua pasangan ini dan kali ini ialah perkahwinan anak yang bernama Rahmat yang kini bertugas di UNITEN di Pahang. Ramai ahli keluarga Kabare hadir dan kita semua mendoakan agar Rahmat dan Isteri kesayangan akan dikurniakan Allah kasih sayang berpanjangan dan dikurniakan anak-cucu yang soleh dan solehah. 'Pemberita' yang membuat laporan berada ketika kedua-dua pengantin diarak masuh ke paerkarangan. Kemeriahan majlis dirasai dengan sanak saudara datang meraikan majlis. Hujan rahmat turut datang mencuah-curah sebaik rombongan pengantin duduk untuk menjamu selera. Semoga selebat hujan yang datang, rezeki dan rahmat yang akan diperolehi oleh keluarga Rahmat nanti.