Thursday, September 24, 2009

Sambutan Hari Raya Kabare 1430/2009 Meriah






Allahuakbar, Allahuakbar, ALlahuaka, Walillahilhamd...
Syukur yang tak terhingga kita panjatkan ke hadarat Allah SWT. di atas limpah rahmat dan perkenanNya sehingga dapat kita anjurkan sambutan Aidil Fitri Kabare pada tahun ini. Majlis diadakan di rumah Sdr Atan Ismail Kg Permatang Sepam bagi pihak keluarga Hjh Senah / Hj Ismail iaitu salah satu pasangan generasi perama keluarga KABARE hasil perkongsian Hjh Sarmi & Hj Siraj.
Pelbagai aktiviti dijalankan bermula dengan edaran Buletin Kabare (seminggu sebelum Hari Raya). Pada sekitar 11.00 pagi hari raya kedua, warga Kabare menziarai kubur di baruh kampung Permatang Sepam. Cikg Zulkarnain, Hj said, Sdr Masodin dan beberapa orang sekitar 30 orang anak-cucu warga Kabare hadir. Membersih kubur dan membaca Yassin serta Tahlil serta doa agar roh saudara-mara dicucuri rahmat ALlah dan diletakkan bersama roh orang-orang yang soleh.
Sekitar jam 2.00 petang, sanak saudara mula berkumpul di rumah Sdr Atan dan majlis dimulai dengan Khatam Qur'an yang diketuai oleh Hjh Noraini dan do'a dibaca oleh Hjh Lek Tuk. Hj Md Said mengetuai bacaan tahlil sejurus selepas Khatam Qur'an dan ramai sanak saudara turut membaca tahlil dan mengaminkan doa'.
Ucapan salam Kabare dan Slam Aidil Fitri disampaikan oleh JK Kabare, Tuan Rumah dan Pengerusi Kabare Dr Mohd Zin. Pengerusi juga mengumumkan beberapa aktiviti akan datang termasuk Cadangan Hari Raya Kurban di mana 7 bahagian (seekor lembu) dengan nilai sekitar RM400 - 450 ditawarkan kepada ahli kabare yang ingin menyertai korban tahun ini. Korban akan dijalankan di Kg Permatang Sepam. Program Kemah Ibadah Kabare juga dicadangkan akan dijalankan pada 4-6 Disember 2009 di Sek Keb Seri Jaya. Anak Cucu yang bersekolah Rendah dan menengah dijemput menyertai Kemah Ibadah tersebut,. Anak Cucu yang sedang berlajar di IPT dijemput menjadi fasilitator (sila Hubungi Abang Aiman Ketua Fasiliator 013-2213427).
Aktiviti rehlah kabare juga akan diajurkan dan sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi Hj Md Said. KABARE juga merancang untuk menubuhkan Koperasi Kabare. Pengerusi KABARE telah menyediakan deraf undang-undang kecil koperasi (UUK) bagi diajukan kepada Suruhanjaya Koperasi. Satu mesyuarat penajaan akan dibuat dan semua ahli kabare yang berumur 18 tahun ke atas dijemput menyertai Koperasi ini.
Majlis Hari Raya Salam Kabare turut diserikan dengan penyerahan cenderahati berupa bunga telor kepada wakil-wakil Keluarga Generasi Pertama Kabare dan penyampaian hadiah kepada anak-cucu yang menyertai rekabentuk Kad Raya Besar Kabare.
Jamuan yang istimewa dinikmati oleh semua yang hadir. Tahun ini special sungguh kerana ada Ice-Cream yang nikmati bunak sahaja anak cucu, tapi pak cik, makcik dan nyai-yaii juga menikmatinya.