Monday, April 7, 2008

Junaidi anjur kenduri kesyukuran

Pada Ahad 6 April 2008, Junaidi bin Hj Asren sekeluarga telah menganjurkan majlis doa selamat di rumah barunya di taman Pulai Emas Skudai Johor. Majlis dipenuhi dengan bacaan berzanji, marhaban di siang harinya dan tahlil pada sebelah malam. Pada sebelah pagi hingga ke petang, sanak saudara datang dengan van dan kereta membawa rombongan kumpulan berzanji dan marhaban yang terdiri dari saudara-saudara, makcik, nyaii dan kakak-kakak dari kg permatang sepam. Nyaii Tumirah, nyaii Tugiem, Nyaii Senah, Nyaii Masnah dan Yaii Abu Bakar juga turut serta. Kelihatan saudar mara bukan datang dengan tangan kosong, malah dengan membawa buah tangan seperti kuih-muih. Begitulah budaya tolong menolong dalam keluarga yang sudah menjadi sebahagian dari nilai murni warga Kabare.

Manakala Nyaii Sinah, Kak Painah, Kak Nor dan Abang Asren dan kelaurga terdekat telah datang sehari sebelum itu membantu menyiapkan juadah atau pun dengan istilah popularnya 'rewang'.

Abang-abang, Anak dan cucu dari Rengit dan disekitar JB juga turut datang memeriahkan majlis sambil mengeratkan silaturrahim.

Manakala rakan-rakan sekerja Junaidi dan isteri serta jiran-jiran juga turut hadir.

Semoga kesempatan seperti itu dapat merapatkan silaturrahim dan didoakan semoga kehidupan Junaidi sekeluarga selamat sejahtera, bahagia dan sentiasa diberi petunjuk Allah dengan keimanan dan ketaqwaan.

Kediaman baru Junaidi terletak beberapa meter dari rumah Hjh maspupah/Hj Iman dan Sdr Azharizam Supian di Taman Pulai Emas Skudai.

Hj Lasiman Keluar Wad

Warga Kabare Hj Lasiman Marwan pada 30 hb Mac yang lalu telah dimasukkan ke hospital Pontian kerana dijangkiti virus pada paru-paru. Tetapi berita yang diterima dari anakandanya En Kadin menyatakan bahawa Hj lasiman telah sihat dan kelaur dari wad beberapa hari selepas mendapat rawatan dan berihat di hospital.
Alhamdulillah, semua warga Kabare bersyukur dengan berita yang diterima dan mendoakan semoga Yaii Lasiman terus sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Editor Kabare memohon kerjasama semua warga agar menyampaikan sebarang berita dengan menghubungi drzin2000@yahoo.com.