Wednesday, August 11, 2010

Allah Masih Sayangkanmu & Keluarga



Ahad 8 Ogos 2010 sekitar 1 pagi, berita sedih diterima keluarga mengenai kemalangan ngeri di Pt Madirono yang melibatkan sebuah kereta baru terbabas. Pemandu meninggal di tempat kejadian. Salah seorang penumpang ialah Mohd Haziq yang sedang menunggu keputusan SPM dan kini bekerja di JB. Tidak diketahui puncanya. Mungkinkah ada sebuah lagi kenderaan ? Ia tidak dapat diketahui sehingga kini.

Haziq Alhamdulillah selamat (dengan izin Allah) walaupun mengalami sedikit kecederaan dan terpaksa dimasukkan di wad Hospital Sultanah Aminah JB. Ibu bapa, sanak seudara saling menjaga dan menziarahi Haziq.

Haziq,
Allah masih sayangkan kamu dan keluarga. Kemalangan yang berlaku begitu dahsyat, namun Allah masih memelihara kamu. Semoga bertepatan kedatangan Ramadhan, membantu kita meningkatkan keinsafan dan memperbaiki amalan. Seluruh keluarga bersyukur, semoga ALlah terus memelihara keluarga dan meningkatkan iman dan amalan kita semua, sentiasa taat kepada ALlah yang maha pemurah dan penyayang.

Pastikan Ramadhan Istimewa Tahun Ini




Alhamdulillah ... dipagi yang hening ini dapat ku hidu keheningan dan keberkatan udara Ramadhan tahun ini ... isteri dan anak-anak dapat bersama bersyahur. Jamaah masjid berpusu menunaikan Solat Subuh ... di Masjid ku sempat bertaaruf dengan jamaah Tabhlig dari Manchester England. Malam tadi penuh sesak bertarawih ... ada yang bergegas balik kerana setiap inci lantai kawasan masjid sudah penuh. Alhamdulillah ... masyarakat kita masih SELESA melalui Ramadhan.


Nun di Beirut sahabat tercinta Hasanuddin Mohd Yunus (Wira Marvi Marmara & Pengerusi AQSA) sedang bertungkus lumus menabur bakti, mencurah keringat... demi berkongsi derita anak-anak yatim Palestin yang 'terbuang' untuk tatapan dan perkongsian dengan rakyat Malaysia apabila TV3 menayangkan siri "Bersamamu Palestin" di bulan Ramadhan yang Berkat ini. Semoga jihadmu ya akhie menjadi bukti keikhlasan mu dalam perjuangan. Semoga anak-anak dapat melihat betapa fikrah IKRAM bisa melahirkan jundullah.


Di sini ... gerak kerja dakwah terus bertunas dan melata. Di sana-sini, Semarak Ramadhan menemui ummat, berkongsi minda, berkongsi fikrah dan kesyahduan ... agar penegrtian Ramadhan benar-benar dimengerti. Teruskan usahamu ikhwah wa-akhawat, benih-benih yang subur Insya ALlah akan tumbuh mekar buat generasi penerus perjuangan.

Do'a buat yang diuji Allah, sedikit keperitan berada dikatil Hospital, tidak bisa berdiri sebaris ikhwah dalam tarawih, qiyam dan iftar. Insya ALlah itu hanya sementara, Allah akan izinkan kita akan bersama nanti. Rehatkan badanmu buat seketika, sabar dengan ujian, banyakkan berzikir. Allah lebih mengetahui hikmahnya.
Buat emak, abang Dolah, bik Pah yang sedang menjalani bengubatan; Rahimah & anak yang baru ditinggalkan insan tersayang, laluilah Ramadhan kali ini dengan sabar. Mungkin ianya tidak semanis Ramadhan sebelum ini, namun Allah lebih mengetahui hikmahnya, kerana Allah Tuhan kita dan kita perlu sentiasa redha di atas ketentuannya.

Suara sayup-sayup Al-Faateh & al-Fathy bertadarus di ruang tamu di pagi Ramadhan yang Mulia ini. Jazakaumullahukhairan para Murabbi Hidayah. Jihad dan pengorbananmu sudah terbayar ! Tahniah !,. Pastinya Ramadhanmu lebih bererti tahun ini. Semoga berlipat ganda keikhlasan dan ganjaran untukmu dariNya.

Petugas AQSA yang tidak henti-henti di bumi bertuah ini ... antum benar-benar memahami moto "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Allah melihat keikhlasan dan pengorbananmu. Tahniah & jazakumullahukhairan !


Buat anak-anak yang ku sayangi, penuhkan Ramadhan dengan amalan, doa dan istighfar.
Alhamdulillah, Ramadhan Istimewa Tahun ini, kerana Allah menizinkan persiapan kedatanganmu dimulai dengan kehadiranmu IKRAM.