Sunday, December 26, 2010

Abg Abdullah b Kandar kembali ke rahmatullah








Siapa tidak kenal dengan nama Abdullah bin Kandar atau lebih dikenali dengan panggilan Abg. Dollah atau Wak Dollah. Setelah ditakdirkan dengan sakit leukemia (barah darah), Abg Dollah telah dijemput oleh Allah SWT pada jam 8.10 pm pada Khamis, 23 Disember 2010 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Warga Kelab KABARE amat terasa dengan kehilangan salah seorang warga KABARE yang sudah banyak berjasa dan berbudi terhadap Kelab KABARE ini. Walau bagaimanapun hidup mesti diteruskan. Semoga arwah tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh. Semoga keluarga terdekat arwah dapat meneruskan hidup dengan tabah. Dari Allah kita dating dan kepadaNya kita dikembalikan.

Tuesday, November 30, 2010

Muhammad Yazit Hj Ismail Mendirikan Rumah Tangga


Alhamdulillah pada Ahad 28 Nov. 2010, Satu majlis walimatulurus telah diadakan di rumah Hj Ismail / Hjh Kaspah (Nyai Senah) di Kg Permatang Sepam. Ramai saudara mara dan sanak saudara menghadiri majlis dan meraikan majlis yang sungguh meriah. ALhamdulillah dan Kelab kabare mendo'a kan semoga berbahagia pasangan Yazid & Nor Anita berbahagia ke anak cucu dan memperoleh keberkatan hidup dan dikurniakan ALlah anak yang ramai.

jom ke SMARTCAMP KABARE 2010 : 10-12 DIS 2010


Jom... jom... jomm ... lebih power ... lebih seronok ... lebih mendidik. Di ketuai oleh motivator cemerlang ...Abang AIman.. ! dengan penempilan yang kontemporary ... ala Maher Zain. Juga di sokong oleh Br Syed Sabiq (?) Seorang Arkitek Landskap yang berpotensi .. serta seorang Lawyer yang ceria Sis Nurshafeeqah.
Juga diimport pakar motivasi dari Adelaide Australia .. (???) Siapa ye ? ... sepasang suami Isteri !!!!

Nak tahu ... jom ke Kem Kabare tahun ini ...
Power ....!

Friday, September 3, 2010

Hari Raya tahun ini di Rumah Yaii Abu Bakar / Nyaii Giem


Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan Hari Raya KABARE tahun ini akan diadakan pada Hari Raya kedua (Sabtu Insya Allah) mulai jam 12.00 t hari di rumah Nyaii Giem / Yaii ABu Bakar. Semua warga KABARE dialu-alukan hadir. Perjumpaan tahun ini tentunya ada suatu yang Surprise ...! Harap jangan ketinggalan ... datang dan bawa semua anak bini, cucu citit. Jumpa di sana...! Insya Allah. Mohon di war-warkan...

Saturday, August 14, 2010

Ziarah 1 Ramadhan Yang Sangat Bermakna



Alhamdulillah ramadhan tahun ini Penegrusi Kelab kerjaya Kabare dapat datang menziarahi beberapa individu penting dalam KABARE. Mereka sekian lama menjadi pendorong kerukunan keluarga, motivator dan kaunselor dalam konteks yang tersendiri. 1 Ramadhan pagi (kebetulan cuti awam di Johor), bergerak dari Skudai bersama beberapa orang anak dan isteri. Singgah di Maahad Pontian menjengok program Semarak Ramadhan melalui ceramah yang disampaikan Ustaz Suhaimi Jairi (S Usaha IKRAM). Bergerak ke Berong, walaupun hanya menghulur sekotak kurma tetapi lega hati ini dapat ziarah Hjh Maznah Abu yang dalam kesihatan yang baik, juga Nyaii Esah yang masih awas dan cerah matanya. Singgah sebentar menziarahi adik ipar yang baru beberapa bula kematian suami (Mohd Sanusi - Adik lelaki Isteri (norleha)). Semoga kedatangan kami dapat sedikit sebanyak menjadi penawar duka.
Sebelum maghrib sempat menziarahi Wak Asren yang masih menjalani Dialisis buah pinggang, tapi agak gembira hati ini kerana Wak Asrin nampak kelihatan sihat dan ceria di bulan Ramadhan yang barkah ini. terus meluru ke rumah Wak Dolah yang telah beberapa bulan berulang alik ke Hospital JB dan Pontian kerana di katakan mengidap Lukemia iaitu sejenis kanser darah. Wak Dolah sekarang begitu kurus dan setiap bulan perlu memasukkan beberapa pack darah di Hospital. Walaupun terpaksa banyak berihat di rumah, berjalan dengan tongkat, tetapi masih boleh berpuasa di bulan Ramadhan ini. Kami sempat berbuka bersa-sama dengan ditemani isteri beliau (Wak Esah) dan cucu-cucu yang tinggal sekali.

Isya' pula sempat singgah ziarah Wak Adam yang juga sednag dalam pengubatan kerana kencing manis dan darah tinggi. Nyai Sinah, ALhamdulillah sihat dan masih dapat tarawih di surau berdekatan. Sebelum bertolak balik ke JB, sempat mendapat makluamt bagaimana kemalangan yang menimpa Mohd Haziq yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
Sehari agak suntuk, tak dapat nak ziarah saudara-saudara yang lain seperti Lek Mail, Lek Maulani dan Kak Awok yang juga sedang menjalani rawatan. Harapan Pengerusi KABARE semoga anak-anak dan cucu-cucu dapat meluangkan masa untuk menziarahi mereka yang lebih tua. Jika tiada mereka, siapalah kita. Rezeki sedikit yang kita sedang kecapi adalah juga hasil didikan dan bimbingan serta do'a-do'a mereka.
Sesungguhnya kehidupan kita semua ini adalah anugerah dari Ilahi. Jagalah sebaik-baiknya mengikut garispanduan yang diterangkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith yang menjadi sumber rujukan dan panduan untuk hidup beriman, sejahtera dan diredhai ALlah swt. Semoga Ramadhan ini seluruh warga KABARE sihat dan dapat melaluinya dengan sempurna. Insya kita jumpa di Syawal ke 2 di rumah Yaii Abu Bakar dan Nyaii Giem.

Wednesday, August 11, 2010

Allah Masih Sayangkanmu & Keluarga



Ahad 8 Ogos 2010 sekitar 1 pagi, berita sedih diterima keluarga mengenai kemalangan ngeri di Pt Madirono yang melibatkan sebuah kereta baru terbabas. Pemandu meninggal di tempat kejadian. Salah seorang penumpang ialah Mohd Haziq yang sedang menunggu keputusan SPM dan kini bekerja di JB. Tidak diketahui puncanya. Mungkinkah ada sebuah lagi kenderaan ? Ia tidak dapat diketahui sehingga kini.

Haziq Alhamdulillah selamat (dengan izin Allah) walaupun mengalami sedikit kecederaan dan terpaksa dimasukkan di wad Hospital Sultanah Aminah JB. Ibu bapa, sanak seudara saling menjaga dan menziarahi Haziq.

Haziq,
Allah masih sayangkan kamu dan keluarga. Kemalangan yang berlaku begitu dahsyat, namun Allah masih memelihara kamu. Semoga bertepatan kedatangan Ramadhan, membantu kita meningkatkan keinsafan dan memperbaiki amalan. Seluruh keluarga bersyukur, semoga ALlah terus memelihara keluarga dan meningkatkan iman dan amalan kita semua, sentiasa taat kepada ALlah yang maha pemurah dan penyayang.

Pastikan Ramadhan Istimewa Tahun Ini




Alhamdulillah ... dipagi yang hening ini dapat ku hidu keheningan dan keberkatan udara Ramadhan tahun ini ... isteri dan anak-anak dapat bersama bersyahur. Jamaah masjid berpusu menunaikan Solat Subuh ... di Masjid ku sempat bertaaruf dengan jamaah Tabhlig dari Manchester England. Malam tadi penuh sesak bertarawih ... ada yang bergegas balik kerana setiap inci lantai kawasan masjid sudah penuh. Alhamdulillah ... masyarakat kita masih SELESA melalui Ramadhan.


Nun di Beirut sahabat tercinta Hasanuddin Mohd Yunus (Wira Marvi Marmara & Pengerusi AQSA) sedang bertungkus lumus menabur bakti, mencurah keringat... demi berkongsi derita anak-anak yatim Palestin yang 'terbuang' untuk tatapan dan perkongsian dengan rakyat Malaysia apabila TV3 menayangkan siri "Bersamamu Palestin" di bulan Ramadhan yang Berkat ini. Semoga jihadmu ya akhie menjadi bukti keikhlasan mu dalam perjuangan. Semoga anak-anak dapat melihat betapa fikrah IKRAM bisa melahirkan jundullah.


Di sini ... gerak kerja dakwah terus bertunas dan melata. Di sana-sini, Semarak Ramadhan menemui ummat, berkongsi minda, berkongsi fikrah dan kesyahduan ... agar penegrtian Ramadhan benar-benar dimengerti. Teruskan usahamu ikhwah wa-akhawat, benih-benih yang subur Insya ALlah akan tumbuh mekar buat generasi penerus perjuangan.

Do'a buat yang diuji Allah, sedikit keperitan berada dikatil Hospital, tidak bisa berdiri sebaris ikhwah dalam tarawih, qiyam dan iftar. Insya ALlah itu hanya sementara, Allah akan izinkan kita akan bersama nanti. Rehatkan badanmu buat seketika, sabar dengan ujian, banyakkan berzikir. Allah lebih mengetahui hikmahnya.
Buat emak, abang Dolah, bik Pah yang sedang menjalani bengubatan; Rahimah & anak yang baru ditinggalkan insan tersayang, laluilah Ramadhan kali ini dengan sabar. Mungkin ianya tidak semanis Ramadhan sebelum ini, namun Allah lebih mengetahui hikmahnya, kerana Allah Tuhan kita dan kita perlu sentiasa redha di atas ketentuannya.

Suara sayup-sayup Al-Faateh & al-Fathy bertadarus di ruang tamu di pagi Ramadhan yang Mulia ini. Jazakaumullahukhairan para Murabbi Hidayah. Jihad dan pengorbananmu sudah terbayar ! Tahniah !,. Pastinya Ramadhanmu lebih bererti tahun ini. Semoga berlipat ganda keikhlasan dan ganjaran untukmu dariNya.

Petugas AQSA yang tidak henti-henti di bumi bertuah ini ... antum benar-benar memahami moto "Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Allah melihat keikhlasan dan pengorbananmu. Tahniah & jazakumullahukhairan !


Buat anak-anak yang ku sayangi, penuhkan Ramadhan dengan amalan, doa dan istighfar.
Alhamdulillah, Ramadhan Istimewa Tahun ini, kerana Allah menizinkan persiapan kedatanganmu dimulai dengan kehadiranmu IKRAM.