Friday, February 22, 2008

AHLI KELUARGA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Marilah kita semua warga KABARE sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang warga KABARE iaitu Muhammad Norsaufi bin Mohd Saad, berumur 21, yang telah kembali ke rahmatullah pada Selasa,19 Februrai 2008 bersamaan 12 Safar 1429 Hijrah akibat kemalangan jalan raya.
Norsaufi adalah anak pertama Siti Masriah Kandar dan Mohd Saad yang kini tinggal di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Ketika kejadian kemalangan, Norsaufi dalam perjalan ke tempat kerja. Norsaufi adalah seorang anak yang baik dan pasti diingati oleh saudara mara kerana keunikan pribadinya. Sifat hormat dan bersahaja apabila bertemu orang-orang yang lebih tua darinya sungguh meninggalkan kesan memori yang sukar dilupai. Ringan tulang, peramah dan rajin adalah antara sifat arwah Norsaufi. Masa cuti persekolahan sering tidak dibazirkan. Beliau pernah bekerja dan belajar membuat frame gambar selama hampir dua bulan di Pulau Pinang - kedai milik Cik Nor/Cik Zin. Beliau juga sempat beberapa minggu bekerja dengan MASBINA (milik Abang Udin) di J Bahru.

Beliau sempat bersama spupunya (Mohd Taufiq Md Said) menyediakan prasarana bilik air Nyaii Jumiatun di Kg. Ptg. Sepam, ketika Nyaii Aton sakit. Walaupun Norsaufi hanya mampu meraih sijil teknikal dalam kerjayanya, namun kesungguhan dan kerajinan tampak jelas dan menjadi ingatan sanak saudara.

Kebanyakkan ahli keluarga sempat bertaemu Muhammad Nursaufi ketika majlis Hari Raya Kabare yang diadakan tahun lau di Rumah Nyaii Tuk / Hj Maulani. Disertakan gambar untuk tatapan ahli-ahli KABARE.

Pada hari pemergian Muhamamd Nursaufi, ramai keluaraga dari kampung (Johor), utara dan sekitar lembah kelang menziarahi kelaurga Muhammad Nursaufi.

Semua ahli keluarga terkejut dengan pemergian Muhamamd Nursaufi, namun redha dengan ketentuan ALlah yang Maha Menegtahuai. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan tergolong dalam golongan orang beriman. Seterusnya semoga Ibundanya Siti Masriah, Ayahandanya M. Saad dan adaik beraadik beliau tabah dengan ketentuan Allah itu.

Selain tahlil yang di adakan di KL, Keluarga di JB akan mengadakan majlis tahlil dan doa pada Sabtu 22 Feb 2008, Selepas Maghrib, Di Rumah Hjh. Maspupah Supian / Hj Iman, di no. 2 Jln PE 1/24, Tmn Pulai Emas, Kangkar Pulai JB.

OKU Pun Boleh Cemerlang!


Tahniah kepada adik Hazirah bt Hj Asren, di atas kejayaannya di dalam bidang akademik. Seperti yang kita semua ketahui, adik Hazirah merupakan kanak-kanak kurang/kelainan upaya (OKU). Namun, di atas kegigihannya untuk berjaya beserta dorongan dan bantuan keluarganya, dia akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam pelajarannya. Pada Hari Kanak-Kanak Sedunia Adik Hazirah telah berjaya merangkul Anugerah Cemerlang Pelajar di peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur. Adik hazirah mendapat sijil, piala dan sejumlah wang tunai bernilai RM1800. Tahniah diucapkan kepada adik Hazirah.

Baru-baru ini pula Adik Hazirah berjaya memenangi Anugerah Kecemerlangan Pelajar di peringkat Negeri Johor yang diadakan di Hotel Hayat, Johor Bahru. Adik Hazirah mendapat sijil dan sejumlah wang tunai bernilai RM1000. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada adik Hazirah. Semoga adik Hazirah meneruskan usaha gigihnya sehingga berjaya ke menara gading. Amin. Kepada semua warga KABARE yang membaca artikel ini wajarlah mengambil adik Hazirah sebagai batu loncatan untuk kita terus berusaha dengan lebih gigih dan berjaya seperti adik Hazirah dalam bidang yang kita ceburi.