Monday, March 28, 2011

Hj Maulani Kembali Kerahmatullah


12 Januari 2011 (Rabu) sekitar 8.00pagi berdering handphone di pocket ku. Oleh kerana saya sedang menghadiri mesyuarat khas dengan Vice Chancellor UTM di kediaman rasmi beliau bersama pentadbir-pentadbir Fakulti Alam Bina, aku terpaksa menutup HP.

Sebaik perjumpaan bersurai, segera ku lihat skrin HB untuk mengetahui siapa gerangan yang menalifon. "Saadan" ... hati tertanya-tanya apa agaknya perkara pentingnya... lantas ku hubungi semula nombor Saadan. Dengan ringkas Saadan memaklumkan bahawa ayahandanya (Hj Maulani) telah pulang kerahmatullah. Inalillahiwainnailaihirojiun.

Hj Maulani sememang sudah sekian lama mengihidap sakit tekanan darah dan jantung, namun beliau begitu menjaga amalan-amalan wajib maupun sunat-sunat seperti berzikir dan berdo'a. Semoga anak cucu semua dapat mengikuti kekuatan beliau di dalam menjaga amal-amal wajib dan sunat tersebut.

Seorang lagi orang tua kelab Kabare meninggalkan sanak saudara untuk selama-lamanya. Yaii Hj Maulani yang tinggal di Pt Betak sememang seorang yang sangat baik. Menjaga amalan dan sering memberi tazkirah kepada anak-anak, cucu-cucu dan sanak saudara. Di dalam kesempatan yang selalunya pada sambutan H Raya, apabila kesempatan sanak saudara menziarahi beliau di rumah, sering nasihat disampaikan buat kami. Terima kasih Yaii, semoga nasihat-nasihatmu menjadi panduan hidup anak cucu.

Pada hari raya yang lalu, beliau berusaha jua menziarahi Abang Abdullah Kandar yang sedang sakit. Gambar sempat diabadikan di ruang tamu rumah Abang Abdullah. Kini kedua-duanya telah pergi menemui ALlah. Semoga roh mereka di tempatkan Allah bersama orang-orang yang beriman.

0 comments: