Thursday, September 24, 2009

Sambutan Hari Raya Kabare 1430/2009 Meriah






Allahuakbar, Allahuakbar, ALlahuaka, Walillahilhamd...
Syukur yang tak terhingga kita panjatkan ke hadarat Allah SWT. di atas limpah rahmat dan perkenanNya sehingga dapat kita anjurkan sambutan Aidil Fitri Kabare pada tahun ini. Majlis diadakan di rumah Sdr Atan Ismail Kg Permatang Sepam bagi pihak keluarga Hjh Senah / Hj Ismail iaitu salah satu pasangan generasi perama keluarga KABARE hasil perkongsian Hjh Sarmi & Hj Siraj.
Pelbagai aktiviti dijalankan bermula dengan edaran Buletin Kabare (seminggu sebelum Hari Raya). Pada sekitar 11.00 pagi hari raya kedua, warga Kabare menziarai kubur di baruh kampung Permatang Sepam. Cikg Zulkarnain, Hj said, Sdr Masodin dan beberapa orang sekitar 30 orang anak-cucu warga Kabare hadir. Membersih kubur dan membaca Yassin serta Tahlil serta doa agar roh saudara-mara dicucuri rahmat ALlah dan diletakkan bersama roh orang-orang yang soleh.
Sekitar jam 2.00 petang, sanak saudara mula berkumpul di rumah Sdr Atan dan majlis dimulai dengan Khatam Qur'an yang diketuai oleh Hjh Noraini dan do'a dibaca oleh Hjh Lek Tuk. Hj Md Said mengetuai bacaan tahlil sejurus selepas Khatam Qur'an dan ramai sanak saudara turut membaca tahlil dan mengaminkan doa'.
Ucapan salam Kabare dan Slam Aidil Fitri disampaikan oleh JK Kabare, Tuan Rumah dan Pengerusi Kabare Dr Mohd Zin. Pengerusi juga mengumumkan beberapa aktiviti akan datang termasuk Cadangan Hari Raya Kurban di mana 7 bahagian (seekor lembu) dengan nilai sekitar RM400 - 450 ditawarkan kepada ahli kabare yang ingin menyertai korban tahun ini. Korban akan dijalankan di Kg Permatang Sepam. Program Kemah Ibadah Kabare juga dicadangkan akan dijalankan pada 4-6 Disember 2009 di Sek Keb Seri Jaya. Anak Cucu yang bersekolah Rendah dan menengah dijemput menyertai Kemah Ibadah tersebut,. Anak Cucu yang sedang berlajar di IPT dijemput menjadi fasilitator (sila Hubungi Abang Aiman Ketua Fasiliator 013-2213427).
Aktiviti rehlah kabare juga akan diajurkan dan sesiapa yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi Hj Md Said. KABARE juga merancang untuk menubuhkan Koperasi Kabare. Pengerusi KABARE telah menyediakan deraf undang-undang kecil koperasi (UUK) bagi diajukan kepada Suruhanjaya Koperasi. Satu mesyuarat penajaan akan dibuat dan semua ahli kabare yang berumur 18 tahun ke atas dijemput menyertai Koperasi ini.
Majlis Hari Raya Salam Kabare turut diserikan dengan penyerahan cenderahati berupa bunga telor kepada wakil-wakil Keluarga Generasi Pertama Kabare dan penyampaian hadiah kepada anak-cucu yang menyertai rekabentuk Kad Raya Besar Kabare.
Jamuan yang istimewa dinikmati oleh semua yang hadir. Tahun ini special sungguh kerana ada Ice-Cream yang nikmati bunak sahaja anak cucu, tapi pak cik, makcik dan nyai-yaii juga menikmatinya.

Saturday, September 19, 2009

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD RAYA BESAR

1.0. Pendahuluan
Bersempena perjumpaan Hari Raya Salam Kabare, anak-anak perlu diraikan. Mereka juga mempunyai potensi yang perlu diserlahkan agar mempunyai jiwa besar dan keberanian berlumba secara sihat. Pertandingan Rekabenruk Kad Raya Besar Kabare dianjurkan bagi mencapai beberapa matlamat.

2.0. Tujuan
1. Mencungkil bakat
2. Mewujudkan rasa keperihatinan, hormat dan mampu menyerlahkan perasaan kasih dan sayang kepada mereka yang lebih tua.
3. Memeriahkan suasana Hariraya Salam Kabare

3.0. Siapa yang boleh turut serta ?
Penyertaan adalah dalam bentuk Individu & Berkumpulan. Terdapat beberapa kategori:-
1. Individu bawah 11 tahun.
2. Individu 12 – 15 tahun.
3. Individu 16 – 18 tahun.
4. Berkumpulan 12 tahun kebawah.
5. Berkumpulan 13 – 17 thn.

4.0. Hadiah
Hadiah Pemenang Pertama sahaja diberikan setiap kategori (setiap 1 – 5 di atas).
Hadiah Cenderahati akan diberikan kepada semua peserta.

5.0. Syarat Penyertaan.
• Penyertaan adalah percuma.
• Terbuka kepada anak-cucu-cicit ahli-ahli keluarga kabare.
• Saiz kertas:
o Penyertaan Individu : Saiz Kad tak boleh lebih A3.
o Penyertaan Berkumpulan : Saiz Kad Raya mesti melebehi A3.
• Rekabentuk mengikut kreativiti masing-masing menggunakan apa juga bentuk media, warna, collage (tampalan) dll.
• Kad Raya mesti ditujukan kepada salah seorang Atok/Nenek generasi pertama atau Kedua Kabare sahaja.
• Penghantaran penyertaan ialah pada Perjumpaan HariRaya Salam Kabare (Hari Raya Ke dua di Rumah Hj Ismail/Hjh Senah/Abang Atan) sebelum jam 2.30 petang.
• Barisan juri profesional akan mengadili pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
• Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah akan disampaikan sekitar jam 4.00 petang.

Tuesday, September 8, 2009

CADANGAN KOPERASI KABARE

Kerajaan menggalakkan lebih banyak Koperasi diwujudkan dan terdapat banyak peluang ekonomi dan kebajikan akan dapat di usahakan Insya Allah. KABARE mempunyai potensi untuk mewujudkan KOPERASI dan ia perlu penyertaan semua ahli KABARE. 
Kini terdapat lebih 5000 koperasi seluruh Malaysia dalam berbagi saiz dan aktiviti. (Makluamt lanjut sila ke laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia.
Mealui Jawatankausa Kabare, idea mewujudkan koperasi sudah beberapa kali dilontarkan dan untuk difikirkan. Dr Zin sudah lebih 10 tahun melibatkan diri dengan Koperasi Muslimin dan sudah lebih 3 penggal menjadi Anggota Lembaga. Kini koperasi muslimin mempunyai aset melebehi RM50juta. Ramai juga ahli KABARE yang masuk Koperasi Muslimin dan ada yang telah mendapat manfaat termasuk dapat membeli kebun di kampung melalui pembiayaan yang disediakan Koperasi. Jadi elaok juga jika Kelab Kabare mengusahakan mewujudkan koperasi sendiri. Ianys baik untuk generasi akan datang,
Berbagai projek ekonomi dan kebajikan akan dapat lebih berkesan untuk dijalankan. Jadi Jawatankuasa KABARE merayu semua ahli untuk sama-sama menganggotai Koperasi Kabare bila kita lancarkan nati.
Sila SMSkan nama kepada Dr Zin 013-4352539 untuk menyertai Koperasi yang dicadangkan. Draf penubuhan sudah dihantar kepada AJK KABARE untuk penelitian dan komen

Ramadhan Bulan Mencapai Ketaqwaan

Ketibaan Bulan Ramdhan bagi orang-orang Islam seluruh dunia adalah bulan yang sangat Istimewa. Disamping berbagai kebaikan yang disebut di dalam Al-Qur’an dan Hadith, di dalam bulan Ramadhan benyak berlaku peristiwa-peristiwa penting bagi ummat Islam khususnya ketika Rasulullah di awal waktu menjadi Rasul.  Di bulan ini ummat Islam dianjurkan meningkatkan keinsafan dan keikhlasan di dalam menjalani ibadah Ramadhan agar tercapai ketaqwaan.

Antara tujuan utama kewajipan berpuasa bagi umat Islam adalah "Laallkum tattaqun" (Mudah-mudahan kamu bertaqwa" (Al-Baqarah 183). Allah menurunkan kewajipan puasa ini adalah sebagai kewajipan yang sangat Istimewa berbanding ibadah-ibadah lain. Puasa juga digelar sebagai bulan mujahadah dan pengorbanan. Ummat Islam dilatih agar dapat menahan diri bukan sahaja dari makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari nafsu dan keinginan-keinginan diri. Menahan diri dari mengumpat, mengata, melihat perkara yang haram, mendengar muzik yang haram dan malah perkara yang halal pun di bulan puasa kita kena tahan, cotohnya makan itu asalnya boleh dan halal dibulan lain, tapi disiang hari bulan Ramadhan ianya ditegah/haram. Itulah caranya ALlah melatih umat Islam agar tertingkat sabar dan ketaatan di atas semua perintah ALlah. Jika umat Islam dapat mejalani puasa ini dengan betul, Insya Allah dihujung Ramadhan nanti akan lahir individu-individu bertaqwa - yang taat dalam segala perintah Allah swt. Orang yang bertaqwa tidak akan sanggup melanggar perintah Allah walaupun seinci. Tak berani mendedah aurat, tak berani meninggalkan solat, tak berani berbuat jahat dan sebagainya. Inilah keistimewaan Ramadhan sebagai bulan latihan kearah TAQWA kepada ALlah.

Di bulan ini telah berlangsungnya berbagai peristiwa yang mengandungi contoh (ibroh), dan pendorong semangat kehidupan umat manusia. Pada bulan Ramadan, umat Islam generasi awal (as sabiqunal awwalun) mengalami peristiwa-peristiwa hebat yang membawa perubahan sejarah. Peristiwa yang berlangsung ketika Nabi Muhammad saw meletakkan dasar-dasar pembinaan ummat.

Keistimewaan bulan Ramadan dimulai dengan turunnya Al-Quran (Nuzulul Quran). Bersamaan dengan mulanya tugas kerasulan Nabi Muhammad saw untuk menyebarkan risalah Islamiyah yang mengandung rahmat untuk seluruh alam. Pada bulan Ramadan pula, terjadi Perang Badar Kubro (tahun 2 Hijrah). Perang antara umat Islam melawan musyrikin Quraisy Mekah. Kekuatan umat Islam hanya 330 orang, terdiri dari Muhajirin (umat Islam yang hijrah dari Mekah) dan Anshar (umat Islam penduduk asli Madinah), dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad saw, menghadapi 1000 orang pasukan musyrikin Quraisy Mekah, dipimpin ketua jahiliyah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab. Di dalam perang tersebut Ummat Islam dikurniakan kejayaan oleh Allah swt walaupun bilangan mereka jauh lebih sedikit dari bilangan orang musrikin. Marilah kita sama-sama renungi, mengapa dan bagaimana mereka boleh berjaya ?

Ya ... mereka berjaya di dalam perang badar dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah datang kerana keimanan dan ketaqwaan para sahabat. Kemenangan kepada ummat Islam keatas musuh-musuh sebenarnya bila-bila masa bolah datang JIKA dengan izin Allah swt. Hari ini kita ummat Islam merasai bahawa pertolongan ALlah itu masih jauh... ini adalah kerana salah kita sendiri. Kita yang menjauhkan diri dari pertoongan ALlah (wallahhualam). Untuk memperolehi pertolonganNya, kita perlu meningkatkan ketaqwaan dan ketaatan yang berterusan kepada ALlah. Ketaatan bukan ditikar sembahyang sahaa, tetapi taat disepanjang hayat. Ketika makan, ketika di tempat kerja, ketika di pasar, ketika di jalan raya, ketika di kebun... dimana-mana juga perlu kita merasai ketaatan diri kepada ALlah dalam niat, dalam percakapan dan perbuatan.

Marilah dibulan Ramadhan yang mulia ini kita banyakkan muhasabah diri, merenung kekurangan diri dan seterusnya berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan keimanan serta amalan diri kita kepada ALlah. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan sempurna dan mencapai KETAQWAAN. Amin.