Saturday, August 14, 2010

Ziarah 1 Ramadhan Yang Sangat Bermakna



Alhamdulillah ramadhan tahun ini Penegrusi Kelab kerjaya Kabare dapat datang menziarahi beberapa individu penting dalam KABARE. Mereka sekian lama menjadi pendorong kerukunan keluarga, motivator dan kaunselor dalam konteks yang tersendiri. 1 Ramadhan pagi (kebetulan cuti awam di Johor), bergerak dari Skudai bersama beberapa orang anak dan isteri. Singgah di Maahad Pontian menjengok program Semarak Ramadhan melalui ceramah yang disampaikan Ustaz Suhaimi Jairi (S Usaha IKRAM). Bergerak ke Berong, walaupun hanya menghulur sekotak kurma tetapi lega hati ini dapat ziarah Hjh Maznah Abu yang dalam kesihatan yang baik, juga Nyaii Esah yang masih awas dan cerah matanya. Singgah sebentar menziarahi adik ipar yang baru beberapa bula kematian suami (Mohd Sanusi - Adik lelaki Isteri (norleha)). Semoga kedatangan kami dapat sedikit sebanyak menjadi penawar duka.
Sebelum maghrib sempat menziarahi Wak Asren yang masih menjalani Dialisis buah pinggang, tapi agak gembira hati ini kerana Wak Asrin nampak kelihatan sihat dan ceria di bulan Ramadhan yang barkah ini. terus meluru ke rumah Wak Dolah yang telah beberapa bulan berulang alik ke Hospital JB dan Pontian kerana di katakan mengidap Lukemia iaitu sejenis kanser darah. Wak Dolah sekarang begitu kurus dan setiap bulan perlu memasukkan beberapa pack darah di Hospital. Walaupun terpaksa banyak berihat di rumah, berjalan dengan tongkat, tetapi masih boleh berpuasa di bulan Ramadhan ini. Kami sempat berbuka bersa-sama dengan ditemani isteri beliau (Wak Esah) dan cucu-cucu yang tinggal sekali.

Isya' pula sempat singgah ziarah Wak Adam yang juga sednag dalam pengubatan kerana kencing manis dan darah tinggi. Nyai Sinah, ALhamdulillah sihat dan masih dapat tarawih di surau berdekatan. Sebelum bertolak balik ke JB, sempat mendapat makluamt bagaimana kemalangan yang menimpa Mohd Haziq yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
Sehari agak suntuk, tak dapat nak ziarah saudara-saudara yang lain seperti Lek Mail, Lek Maulani dan Kak Awok yang juga sedang menjalani rawatan. Harapan Pengerusi KABARE semoga anak-anak dan cucu-cucu dapat meluangkan masa untuk menziarahi mereka yang lebih tua. Jika tiada mereka, siapalah kita. Rezeki sedikit yang kita sedang kecapi adalah juga hasil didikan dan bimbingan serta do'a-do'a mereka.
Sesungguhnya kehidupan kita semua ini adalah anugerah dari Ilahi. Jagalah sebaik-baiknya mengikut garispanduan yang diterangkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith yang menjadi sumber rujukan dan panduan untuk hidup beriman, sejahtera dan diredhai ALlah swt. Semoga Ramadhan ini seluruh warga KABARE sihat dan dapat melaluinya dengan sempurna. Insya kita jumpa di Syawal ke 2 di rumah Yaii Abu Bakar dan Nyaii Giem.

0 comments: