Monday, October 6, 2008

Selamat Kembali Bertugas / Ke Sekolah

Alhamdulillah Sambutan Hari Raya dan ziarah-menziarahi sanak saudara telah kita sama-sama lakukan pada beberapa syawal yang lalu. Perjumpaan H Raya Kabare juga kita telah dapat jayakan. Tentunya banyak manfaat dengan kesempatan berjumpa dan memperbaharui persaudaraan dan persahabatan. Mungkin kita tidak berkesempatan mengunjungi semua keluarga, namun kesempatan yang ada telah kita manfaatkan.

Kini tiba masanya kita semua kembali kerumah masing-masing dan mulailah kita menyambung tugas di tempat kerja. Anak-anak yang bersekolah pula sudah mulai kembali kesekolah. Begitulah putaran hidup yang sentiasa meningkat saban saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun... Tiada apa yang kita rugi seandainya kita memahami dan mengikuti apa yang disarankan oleh ALlah yang mencipta kita dan mencipta waktu...
"Demi Masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH, dan NASIHAT MENASIHATI KE ARAH KEBENARAN DAN KESABARAN" (al-Asr).

Berdasarkan ayat di atas, jelas sekali bahawa perjalanan masa yang tiada akan berhenti sehingga kita dipanggil oleh ALlah swt nani... haruslah kita lalui dengan mencari manfaat dan kebaikkan. Untuk menghindarkan kita dari berada di dalam KERUGIAN di dalam hidup yang sementara ini, marilah sentiasa memastikan kita sentiasa berada di dalam IMAN. Kita dikehendakki sentiasa di dalam kesedaran dan kefahaman Iman dan jangan meletakkan diri kita didalam keadaan kemungkaran apatah lagi dalam syirik. Hanya orang yang BERIMAN yang akan tidak rugi... dan seterusnya orang yang beriman digalakkan berAMAL SOLEH. Mengikut kebanyakkan ulama' , segala perkara yang disukai ALlah adalah suatu aktiviti amal soleh. Makan, tidur, bekerja, beriadah, berehlah, memberi makan anak dan apa juga pekerjaan harian kita, jika ianya dilakukan dengan baik dan tidak menyalahi syara' adalah tergolong dalam pengertian amal soleh dan ia akan beroleh pahla dari ALlah swt.

Semoga di dalam kita kembali melakukan kerja seharian selepas Hari Raya dan selepas melalui Ramadhan yang Mubarak, kehidupan kita dan keluarga bertambah mulia dan beroleh keridhaan ALlah swt.

Marilah kita berusaha menjaga amalan seharian kita selama sebelas bulan yang akan kita lalui sebelum tibanya Ramadhan yang akan datang. Semoga ketelitian kita di dalam menjalani hidup kehidupan kita dan keluarga bertambah berkat, sejahtera dan cemerlang.

0 comments: