Salah seorang penasihat KABARE, Hjh Masnah mencadang agar kita adakan majlis perjumpaan dan korban sempena hari raya haji. Cadangan ini disuarakan ketika saya mengunjungi Nyaii Masnah pada Hari Raya ke 3 yang lalu. Bagus juga cadangan tersebut. Bagi sesiapa yang ingin menyertai mungkin boleh mengambil satu atau beberapa panggu. Jika cukup 7 panggu boleh kita sama-sama menyembeleh lembu. Jika ramai yag nak buat boleh tambah seekor dua lagi.
Kita boleh berbincang nak buat di mana-mana salah sebuah rumah dikalangan warga Kabare dan kita pakat turun ramai-ramai bergotong royong.
Kita buat perjumpaan ringan sambil wanita bertahlil, yang laki-laki boleh sembelih dan lapah lembu. Ini idea bagus kan?. Selalunya Hari Raya Haji, kita jarang ada program dan relax di rumah aje. Lebih baik kita berkumpul dan menjalankan serta menyemarakkan semangat Korban sebagaimana yang dianjutkan oleh Rasulullah saw.
Jika ada yang nak korban besar... bolehlah kita cari Unta !!?
OK... sila beri sebarang komen dan cadangan...
Monday, October 6, 2008
Cadangan IBADAH KORBAN KABARE
Posted by
KABARE
at
1:38 PM
0
comments
Selamat Kembali Bertugas / Ke Sekolah
Alhamdulillah Sambutan Hari Raya dan ziarah-menziarahi sanak saudara telah kita sama-sama lakukan pada beberapa syawal yang lalu. Perjumpaan H Raya Kabare juga kita telah dapat jayakan. Tentunya banyak manfaat dengan kesempatan berjumpa dan memperbaharui persaudaraan dan persahabatan. Mungkin kita tidak berkesempatan mengunjungi semua keluarga, namun kesempatan yang ada telah kita manfaatkan.
Kini tiba masanya kita semua kembali kerumah masing-masing dan mulailah kita menyambung tugas di tempat kerja. Anak-anak yang bersekolah pula sudah mulai kembali kesekolah. Begitulah putaran hidup yang sentiasa meningkat saban saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun... Tiada apa yang kita rugi seandainya kita memahami dan mengikuti apa yang disarankan oleh ALlah yang mencipta kita dan mencipta waktu...
"Demi Masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH, dan NASIHAT MENASIHATI KE ARAH KEBENARAN DAN KESABARAN" (al-Asr).
Berdasarkan ayat di atas, jelas sekali bahawa perjalanan masa yang tiada akan berhenti sehingga kita dipanggil oleh ALlah swt nani... haruslah kita lalui dengan mencari manfaat dan kebaikkan. Untuk menghindarkan kita dari berada di dalam KERUGIAN di dalam hidup yang sementara ini, marilah sentiasa memastikan kita sentiasa berada di dalam IMAN. Kita dikehendakki sentiasa di dalam kesedaran dan kefahaman Iman dan jangan meletakkan diri kita didalam keadaan kemungkaran apatah lagi dalam syirik. Hanya orang yang BERIMAN yang akan tidak rugi... dan seterusnya orang yang beriman digalakkan berAMAL SOLEH. Mengikut kebanyakkan ulama' , segala perkara yang disukai ALlah adalah suatu aktiviti amal soleh. Makan, tidur, bekerja, beriadah, berehlah, memberi makan anak dan apa juga pekerjaan harian kita, jika ianya dilakukan dengan baik dan tidak menyalahi syara' adalah tergolong dalam pengertian amal soleh dan ia akan beroleh pahla dari ALlah swt.
Semoga di dalam kita kembali melakukan kerja seharian selepas Hari Raya dan selepas melalui Ramadhan yang Mubarak, kehidupan kita dan keluarga bertambah mulia dan beroleh keridhaan ALlah swt.
Marilah kita berusaha menjaga amalan seharian kita selama sebelas bulan yang akan kita lalui sebelum tibanya Ramadhan yang akan datang. Semoga ketelitian kita di dalam menjalani hidup kehidupan kita dan keluarga bertambah berkat, sejahtera dan cemerlang.
Posted by
KABARE
at
12:29 PM
0
comments
Sunday, October 5, 2008
Join REHLAH KABARE
JOM ke PD
Buat ke tiga kalinya, REHLAH KABARE akan di adakan di Pantai Port Dickson pada 22 - 24 Dis 2008 (3 hari 2 mlm). Pengarah Program ialah Hj Md Said Kandar (013-3405850). Kita akan bermalam di Appartment Resort dan Bungalow Telekom dengan special rate. Pelbagai aturcara biasa dirancang termasuk sukaneka, BBQ dan mandi-manda di pantai. Semua warga KABARE dijemput turut serta. Pengangkutan diurus sendiri dan sedikit kos untuk tempat tinggal dan makanan akan diperlukan. Jom bawa anak-anak picnic di Port Dickson N Sembilan cuti akan datang ni.... seronok...
Maklumat lanjut sila hubugi Wak Said sebelum 15 Dis. 2008 untuk tujuan booking penginapan.
Posted by
KABARE
at
11:12 AM
0
comments
Wujudkan JK Kecil berasaskan Keluarga Generasi Pertama
Bagi memudahkan sebarang urusan dan menyelesaikan sebarang isu dengan cepat dan berkesan, KABARE mancadangkan agar setiap kelaurga berasaskan Generasi pertama mewujudkan JK kecil masing-masing. Saiz kelaurga yang semakin besar terutama perkembangan diperingkat generasi ke 3 hingga 4, permasalahan dalam keluarga akan mudah ditangani dengan berkesan. Namun wakil-wakil keluarga boleh menyalurkan segala masalah bila-bila masa kepada JK Induk KABARE bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.
Berikut adalah wakil-wakil keluarga di JK Induk KABARE:-
Keluarga Hjh Fatmah/Hj kandar: Mohd Zin (13-4352539)/Hjh Noraini (07-4258280)
Keluarga Hjh Mukinah/Hj Morshid: Azmi (o19-7895949)/Johan(017-7264068)
Keluarga Hjh Esa/Hjh Masnah: Mahriz (07-4292232)
Keluarga Hjh Jumaton/Yaii Tubi: Hamidi (013-7083779)
Keluarga Hjh Tumirah/Hj Maulani: Hj Saadan (017-7127394)
Keluarga Hjh Wagiem/Hj Abu Bakar: Hj Abu Bakar (xxx)
Keluarga Hjh Hasnah@Hasnah/Hj Ismail: Atan (xx)
Keluarga Hjh Arfah/Hj Lasiman: Zulkarnain (013-7888100)/Kadin (019-7318364)
Setiap keluarga juga boleh mewujudkan tabung sendiri bagi kegunaan kecemasan. Jika masalah yang wujud perlukan bantuan JK induk KABARE, sila terus setiap wakil perlu segera berhubung dengan Pengerusi/SU /Bendahari KABARE.
Semoga ALlah mempermudahkan sega urusan keluarga kita dan sentiasa dalam keselamatan dan kesejahteraan.
Posted by
KABARE
at
10:54 AM
0
comments
Wujudkan JK Kecil berasaskan Keluarga Generasi Pertama
Posted by
KABARE
at
10:52 AM
0
comments
JK Kecil Peringkat Keluarga Generasi 1
8 Keluarga dari KABARE digalakan membentuk JK Kecil
Hasil perkongsian Nyaii Sarmi & Yaii Hj Siraj, lahir 8 Keluarga generasi Pertama. Bagi memudahkan urusan disebabkan pertambahan bilangan ahli keluarga khususnya generasi ke 3 & ke 4, KABARE mencadangkan diwujudkan JK Kecil mengikut Keluarga Generasi Pertama.
Dengan pewujudan JK Kecil, sebarang isu, masalah dan cadangan boleh dibincang diperingkat JK Kecil. Penyaluran makluamt dari dan kepada JK induk KABARE juga boleh di sampaikan melalui wakil-wakil keluarga.
Berikut adalah wakil-wakil anda dalam JK induk KABARE:-
Wakil Keluarga Hjh Patmah/HjKandar: Dr. Mohd Zin Kandar, 013-4352539, Hjh Noraini & Masodin.
Wakil Keluarga Hjh Mukinah/Hj Rashid: Siin, Azmi (0197895949) &Johan (017-7264068).
Wakil Keluarga Hj Esa/Hjh Masnah: Mahriz (07-4292232/013-7934565)
Wakil Keluarga Hjh Jumiaton/Hj.Yaii Tubi: Hamidi (013-7083779)
Wakil Keluarga Hjh Tumirah/Hj Maulani: Hj. Saadan (0177127394).
Wakil Keluarga Hjh Wagiem/Hj A.Bakar: Hj Abu bakar.
Wakil Keluarga Hjh Haspah@Hasnah/Hj Ismail: Atan.
Wakil Keluarga Hjh Arpah/Hj Lasiman: Dzulkarnain (0137888100) & Kadin (0197318364).
JK Kecil yang diwujudkan juga boleh mewujudkan tabung bagi keperluan kecemasan ahli-ahli dalam keluarga di atas. Namun wakil-wakil keluarga boleh pada bila-bila masa membawa isu-isu dan masalah yang timbul kepada JK induk KABARE bagi mendapat bantuan dan pertolongan. Dengan penyusunan demikian, apa juag isu yang timbul dari semasa-kesemasa dikalanagn warga KABARE baik generasi 1 hingga ke generasi ke 5 akan dapat ditangani dengan berkesan dan cepat. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.
Posted by
KABARE
at
10:23 AM
0
comments
Wakil-wakil KABARE mengikut Keluarga Genersai Pertama
8 Keluarga dari KABARE digalakan membentuk JK Kecil
Hasil perkongsian Nyaii Sarmi & Yaii Hj Siraj, lahir 8 Keluarga generasi Pertama. Bagi memudahkan urusan disebabkan pertambahan bilangan ahli keluarga khususnya generasi ke 3 & ke 4, KABARE mencadangkan diwujudkan JK Kecil mengikut Keluarga Generasi Pertama.
Dengan pewujudan JK Kecil, sebarang isu, masalah dan cadangan boleh dibincang diperingkat JK Kecil. Penaluran makluamt dari dan kepada JK induk KABARE juga boleh di sampaikan melalui wakil-wakil keluarga. Berikut adalah wakil-wakil anda dalam JK induk KABARE:-
JK Kecil yang diwujudkan juga boleh mewujudkan tabung bagi keperluan kecemasan ahli-ahli dalam keluarga di atas. Namun wakil-wakil keluarga boleh pada bila-bila masa membawa isu-isu dan masalah yang timbul kepada JK induk KABARE bagi mendapat bantuan dan pertolongan. Dengan penyusunan demikian, apa juag isu yang timbul dari semasa-kesemasa dikalanagn warga KABARE baik generasi 1 hingga ke generasi ke 5 akan dapat ditangani dengan berkesan dan cepat. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua.
Posted by
KABARE
at
9:56 AM
0
comments
Ahli Keluarga diIngati dalam "Tinggal Kenangan"
3 Ahli Keluarga dalam "Tinggal Kenangan"
Dalam Tayangan Multimedia bersempena Hari Raya KABARE yang diadakan pada 2 Syawal, 3 keluarga yang telah kembali kerahmatullah ditayangkan. Nyaii Jumiaton meninggal dunia pada Ramadhan 1428, manakala Muhammad Norsaufi Md Saad meniggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada Feb 2008 dan Hj Lasiman Marwan meninggal dunia pada Mei 2008.
Hj Lasiman dan Muhammad Norsaufi pada Hari Raya KABARE tahun 2008 bersama-dama kita dan gambar beramai-ramai yang menjadi 'banner' Blog ini memaparkan gambar mereka. Seluruh ahli keluarga sedih dengan pemergian mereka, namun semia ahli kelaurga mendoa' kan semoga Allah swt meletakkan mereka bersama orang-orang yang soleh dan roh mereka dicucuri rahmat oleh ALlah swt.
Al-Fatehah
Posted by
KABARE
at
9:45 AM
0
comments
SALAM AIDIL FITRI 1429
Alhamdulillah, pada tahun ini sambutan Aidil Fitri KABARE dijalankan dengan jayanya dan meriah di rumah Hjh Arfah Hj Sirat / CIkgu Dzulkarnain Lasiman pada 2 Syawal 1429 bersamaan 2 Okt. 2008 (Hari Khamis). Majlis dimulai dengan majlis Khatam Qur'an oleh Kumpulan Wanita yang diketuai oleh Hjh Noraini Kandar & Hjh Tumirah Hj Siraj. Makcik-makcik dan Nyai-nyaii di kampung telah mengadakan Tadarus Qur'an sepanjang Ramadhan (ALhamdulillah ....!) bila agaknya warga muda KABARE akan mulai budaya Quran..? Insya Allah kita usahakan nanti ya..!
Majlsi kemudian diikuti dengan Tahlil yang diketuai oleh Tn Hj. Md Said Kandar. Kemudian diikuti dengan Solat Asar Berjamaah dan majlis ramah mesra serta jamuan.
Pada tahun ini ramai muka-muka baru hadir di majlis gilang gemilang Aidil Fitri KABARE. Meriah sungguh dengan acara tayangan Multi media KABARE yang di sediakan oleh team dari Pulai Perdana ... sila lihat di sini xxx . Juga pengumuman-pengumuman dan selang seli tazkirah oleh pengerusi KABARE serta sessi berkenalan dengan warga KAABRE yang pertama kali hadir. ... Juga ada duit raya dari keluarga Cikgu Nain/Cikgu Som dan En Kadin/Pn Ina ... seronok sungguh anak-anak menerima duit raya.
Sekitar 150 hadirin hadir di majlis yang diadakan dan kesempatan tersebut dimanfaatkan untuk merapatkan lagi hubugan silaturrahim disamping sebagai menyalorkan maklumat dan aktiviti yang terdekat iaitu Khemah Ibadah Remaja KABARE (4-6 Disember 2008 di masjid Kg Pt Betak) dan Rehlah Warga Kabare (22-24 Dis 2008 di portDikson).
Pihak warga KABARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Keluarga Hjh Arfah, anak-anak dan cucu-cucu kerana bersusah payah menyediakan tempat, logistik dan makanan.
Kutipan derma untuk menampung sebahagian kos jamuan dijalankan oleh bendahari Sdr Masodin Supian dan memperolehi sejumlan RM 424.00. Terima kasih kepada semua yang hadir, kepada yang tak dapat hadir Insya ALlah kita jumpa tahun hadapan. Semoga ikatan ukhuwwah sesama kita terus terjalin dan kehidupan kelaurga selamat, sejahtera dan berjaya dunia dan akhirat.
Posted by
KABARE
at
9:06 AM
0
comments
Saturday, October 4, 2008
Perjumpaan Raya 2008 Meriah
Posted by
KABARE
at
11:08 AM
0
comments
Sunday, September 28, 2008
Ramadan pergimu ditangisi......
Posted by
KABARE
at
9:21 PM
0
comments
Wednesday, September 3, 2008
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Posted by
KABARE
at
12:23 AM
0
comments
Monday, April 7, 2008
Junaidi anjur kenduri kesyukuran
Pada Ahad 6 April 2008, Junaidi bin Hj Asren sekeluarga telah menganjurkan majlis doa selamat di rumah barunya di taman Pulai Emas Skudai Johor. Majlis dipenuhi dengan bacaan berzanji, marhaban di siang harinya dan tahlil pada sebelah malam. Pada sebelah pagi hingga ke petang, sanak saudara datang dengan van dan kereta membawa rombongan kumpulan berzanji dan marhaban yang terdiri dari saudara-saudara, makcik, nyaii dan kakak-kakak dari kg permatang sepam. Nyaii Tumirah, nyaii Tugiem, Nyaii Senah, Nyaii Masnah dan Yaii Abu Bakar juga turut serta. Kelihatan saudar mara bukan datang dengan tangan kosong, malah dengan membawa buah tangan seperti kuih-muih. Begitulah budaya tolong menolong dalam keluarga yang sudah menjadi sebahagian dari nilai murni warga Kabare.
Manakala Nyaii Sinah, Kak Painah, Kak Nor dan Abang Asren dan kelaurga terdekat telah datang sehari sebelum itu membantu menyiapkan juadah atau pun dengan istilah popularnya 'rewang'.
Abang-abang, Anak dan cucu dari Rengit dan disekitar JB juga turut datang memeriahkan majlis sambil mengeratkan silaturrahim.
Manakala rakan-rakan sekerja Junaidi dan isteri serta jiran-jiran juga turut hadir.
Semoga kesempatan seperti itu dapat merapatkan silaturrahim dan didoakan semoga kehidupan Junaidi sekeluarga selamat sejahtera, bahagia dan sentiasa diberi petunjuk Allah dengan keimanan dan ketaqwaan.
Kediaman baru Junaidi terletak beberapa meter dari rumah Hjh maspupah/Hj Iman dan Sdr Azharizam Supian di Taman Pulai Emas Skudai.
Posted by
KABARE
at
8:59 PM
0
comments
Hj Lasiman Keluar Wad
Warga Kabare Hj Lasiman Marwan pada 30 hb Mac yang lalu telah dimasukkan ke hospital Pontian kerana dijangkiti virus pada paru-paru. Tetapi berita yang diterima dari anakandanya En Kadin menyatakan bahawa Hj lasiman telah sihat dan kelaur dari wad beberapa hari selepas mendapat rawatan dan berihat di hospital.
Alhamdulillah, semua warga Kabare bersyukur dengan berita yang diterima dan mendoakan semoga Yaii Lasiman terus sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Editor Kabare memohon kerjasama semua warga agar menyampaikan sebarang berita dengan menghubungi drzin2000@yahoo.com.
Posted by
KABARE
at
8:47 PM
0
comments
Tuesday, March 18, 2008
TAHNIAH!! Kepada Semua Calon SPM Warga KABARE
Pada tarikh 12 Mac 2008, keputusan SPM tahun 2007 telah diumumkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia.Menurut Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran(KPM), seramai 6,247 atau 1.42 peratus daripada 439,255 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 5,685, pada tahun sebelumnya.Tahniah kepada semua anak-anak KABARE yang berjaya. Kepada yang kurang cemerlang jangan putus asa di atas keputusan anda. Hidup kita lebih panjang lagi dan perlu diteruskan. mungkin bukan rezeki kita pada peperiksaan SPM kali ini. Mana tahu kita akan mendapat kejayaan yang lebih hebat dan cemerlang lagi pada masa akan datang. Insyaallah... Apapun kepada yang berjaya teruskan usaha dan didoakan kepada semua calon SPM agar dapat meneruskan menyambung belajar di universiti mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Antara maklumat yang diterima di meja Kabare... Muhammad Sabiq memperolehi 5A7B, Hidayah Wahida Md Said memperolehi 4A, 5B ... Warga Kabare menganjurkan semua lepasan SPM untuk mengisi borang-borang yang kebanyakkannya ON-LINE untuk meneruskan pengajian mengikut pencapaian masing-masing. Iklan biasiswa juga mula diiklankan di akhbar-akhbar dan web-site.
Posted by
KABARE
at
12:39 PM
0
comments
Friday, February 22, 2008
AHLI KELUARGA KEMBALI KE RAHMATULLAH
Norsaufi adalah anak pertama Siti Masriah Kandar dan Mohd Saad yang kini tinggal di Pantai Dalam Kuala Lumpur. Ketika kejadian kemalangan, Norsaufi dalam perjalan ke tempat kerja. Norsaufi adalah seorang anak yang baik dan pasti diingati oleh saudara mara kerana keunikan pribadinya. Sifat hormat dan bersahaja apabila bertemu orang-orang yang lebih tua darinya sungguh meninggalkan kesan memori yang sukar dilupai. Ringan tulang, peramah dan rajin adalah antara sifat arwah Norsaufi. Masa cuti persekolahan sering tidak dibazirkan. Beliau pernah bekerja dan belajar membuat frame gambar selama hampir dua bulan di Pulau Pinang - kedai milik Cik Nor/Cik Zin. Beliau juga sempat beberapa minggu bekerja dengan MASBINA (milik Abang Udin) di J Bahru.
Beliau sempat bersama spupunya (Mohd Taufiq Md Said) menyediakan prasarana bilik air Nyaii Jumiatun di Kg. Ptg. Sepam, ketika Nyaii Aton sakit. Walaupun Norsaufi hanya mampu meraih sijil teknikal dalam kerjayanya, namun kesungguhan dan kerajinan tampak jelas dan menjadi ingatan sanak saudara.
Kebanyakkan ahli keluarga sempat bertaemu Muhammad Nursaufi ketika majlis Hari Raya Kabare yang diadakan tahun lau di Rumah Nyaii Tuk / Hj Maulani. Disertakan gambar untuk tatapan ahli-ahli KABARE.
Pada hari pemergian Muhamamd Nursaufi, ramai keluaraga dari kampung (Johor), utara dan sekitar lembah kelang menziarahi kelaurga Muhammad Nursaufi.
Semua ahli keluarga terkejut dengan pemergian Muhamamd Nursaufi, namun redha dengan ketentuan ALlah yang Maha Menegtahuai. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan tergolong dalam golongan orang beriman. Seterusnya semoga Ibundanya Siti Masriah, Ayahandanya M. Saad dan adaik beraadik beliau tabah dengan ketentuan Allah itu.
Selain tahlil yang di adakan di KL, Keluarga di JB akan mengadakan majlis tahlil dan doa pada Sabtu 22 Feb 2008, Selepas Maghrib, Di Rumah Hjh. Maspupah Supian / Hj Iman, di no. 2 Jln PE 1/24, Tmn Pulai Emas, Kangkar Pulai JB.
Posted by
KABARE
at
4:00 PM
0
comments
OKU Pun Boleh Cemerlang!
Posted by
KABARE
at
3:42 PM
0
comments
Thursday, January 10, 2008
SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH
Alhamdulillah pada hari ini kita semua masih diketemukan ALlah swt menemui tahun Hijrah 1429. Bermakna Hijrah Rasulullah dalam perjuangan menyebar dan menegakkan Islam telah berlalu selama masa itu. Namun Alhamdulillah, bila di sebut Nama Nabi Muhammad saw, seolah-olah ianya kita rasai bukan suatu yang asing, malah kita rasai suatu yang sebati dalam kehidupan kita berkeluarga.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw sesungguhnya sentiasa releven di dalam kehidupan kita walaupun Rasulullah saw telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu. Oleh kerana Ajaran Islam yang kita miliki ini adalah wahyu dari ALlah yang Maha Berkuasa, ia adalah satu-satunya ajaran yang paling sesuai, lengkap dan bertepatan dalam kehidupan manusia sehingga akhir zaman.
Marilah kita semua bersyukur bersempena kedatangan Hijrah 1429 ini, kerana ALlah terus mengurniakan taufiq dan hidayah kepada kita. Islam akan menjadi pegangan untuk kita, anak-anak dan keturunan kita. Kefahaman dan kesedaran beragama haruslah kita pertingkatkan dan mantapkan. HIJRAH nabi SAW mengajar kita bahawa ummat Islam harus sentiasa berusaha dari suatu keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik. Kefahaman, amalan, akhlak dan syariat dalam kehidupan harian kita harus kita terus pertingkatkan. Antara caranya ialah dengan mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kita tentang Islam melalui majlis-majlis tazkirah, usrah dan ceramah.
Pastikan anak-anak kita juga secara berterusan meningkatkan ilmu dan membiasakan mereka dengan cara hidup, budaya dan adab-adab Islam yang mulia. Jauhkan mereka dari budaya dan cara hidup serta akhlak yang bertentangan dengan Islam.
Semoga kehidupan yang mendatang akan bertambah baik dan diberkati ALlah.
Selamat Memasuki Hijrah 1429, Semoga Kehidupan Kita Semua Bertambah Iman dan Taqwa.
Posted by
KABARE
at
10:01 AM
0
comments